HUJAN adalah sebuah band indie yang digila gilai oleh peminat indie , terutama RAINGERS . Apa itu RAINGERS ? Raingers nama manja untuk peminat HUJAN , erti Raingers pada HUJAN BAND ( AG COCO berkata ) ; ( FAN/PEMINAT cuma adalah perkataan yang implies perbezaan artis dan peminat..tapi bagi aku, fan adalah sebahagian dari band itu sendiri, Raingers..baik diatas pentas dan dibawah, kita adalah sama..sama-sama menjayakan persembahan, sama-sama menyokong dan sampai mana pun Hujan pergi adalah sebab Raingers. Bukan kami sendiri .) Jika korang bersama diorang , korang akan rasa sendiri . kan SQUARD RAINGERS FIGHTING ?
OK , mula mula aku kenal HUJAN ialah dengan lagu GUNDAH dan JIWA KELAJUAN , lagu nie aku dengar pun melalui OST filem kalau tak silap . Pada suatu hari , aku pergi ke kedai CD tetapi kedai CD cetak rompak . Aku pun buntu nak beli CD ape , alih alih aku nampak CD HUJAN yang tak ori , mula mula aku macam nak taknak ja beli . Tapi akhirnya aku beli jugak ( maaf , beli cetak rompak ) sebab aku tahu HUJAN time tu tengah naik dengan lagu BILA AKU SUDAH TIADA dan PAGI YANG GELAP . Aku pulang dan terus pasang semua lagu dari album tu , dan dengar semuanya syok syok belaka ! dan pada hari yang sama aku terus membuka akaun MySpace dan cuba search band HUJAN ( www.myspace.com/kugiranhujan ) . Time aku add tu , HUJAN akan adakan road tour Check Check Rock Rock di Kedah dan Penang sempena dengan EP mereka kedua . ( time nie aku tak gatai nak beli , sekarang gedik gedik dok cari ) .
Pendekkan cerita , 1st show diorang aku tengok dekat pesta penang , time nie la membara bara aku minat diorang , time nie kalau korang sembah air pun tak terpadam . Tak lama lepas tu HUJAN keluar dengan album ABCDEFGHUJAN , aku pun beli . ( kali nie , ori tau ) Banyak lagu album nie , lagu lagu dari CD cetak rompak yang aku beli , cuma takdak lagu DugaaNYA saja . BESTT ! dan tak beberapa minggu/bulan , HUJAN akan adakan Showcase di Planet Hollywood , memang tak dapat hadir kot , baru form 3 . Tapi rasa jeles tu memang ada , tapi tak kisah ! Sebab VCD rakaman di Planet Hollywood tu keluar . ( tgk iklan kat tv ) Terus bergegas ke SPEEDY bersama kawan untuk membeli , aku beli versi AUDIO dan Rakaman hari tu . Dengan semangat nya balik terus pasang dan tengok . Pergghh , lagi membara kot !
HUJAN.ORG adalah tempat mulanya aku dah boleh digelarkan RAINGERS SEJATI , time tu memang aku gila gila HUJAN tahap gaban lahh . Aku rasakan perlu untuk tonton show HUJAN secara live lagi , selepas beberapa bulan , HUJAN keluar album yang kedua bertajuk MENCARI KONKLUSI , sempena album MENCARI KONKLUSI , mereka akan buat ROAD TOUR MK 2009 di seluruh negeri . Time tu memang aku minat HUJAN gila babeng punya , aku tak lepaskan peluang . Aku telah ikut Road Tour MK nie di Sungai Petani , Kedah dan di HARDROCK HOTEL , Penang . Time di Sg , Petani , aku dapat sembang dengan line up COUPLE , Faris AWANBAND dan Line UP HUJAN kecuali DIMAS dan IZZAT . Di Penang pulak , aku dapat sembang dengan NOH , time nie kami dah tak dapat masuk dalam HARDROCK cafe sebab full dengan RAINGERS ( sampai lewat ) , tapi kami dapat saksikan dari luar melalui tingkap ka pintu taktau . Tamat ja show , kami pun beratur ambik autograf ! emm , LOST dah !
Semangat untuk saksikan show HUJAN memang membara , tahap gian lah ! Selang beberapa bulan , Pesta Penang menjadi tempat untuk aku melepaskan gian lagi , malam tu aku RIOT abes dengan Raingers Raingers Utara . Memang tak dapat lupa lahh , time nie jugak aku dapat bertegur dengan Alef Fush dan hanya sempat bergambar dengan AM . Selepas tu , HUJAN sekali lagi datang ke Hot Fm Big Jamm , time tu aku pergi dan tak sempat pun jumpa SQUARD RAINGERS FIGHTING , sori guys !
Dan pada bulan April kot , HUJAN akan adakan show percuma di UPM , serdang . Aku dengan semangat nya nak bawa RAINGERS UTARA pergi memeriahkan , tapi apakan daya SEMUA BUSY ! Aku pun dah macam patah semangat nak pi tapi NOH bagitau aku di twitter , ( Hang jgn risau. Hang mai ja, kosai n the geng nak tolong hang.. Di tanggung, hang cuma tinggal nak datang ja ) . Aku pun pergi KL dengan seorang kawan yang tidak dikenali , sampai ja Jalan DUTA aku kehilatan Alef datang ambik aku dan bawa aku ke OU kot untuk pergi ambil SUPERSYAZWAN dan tunggu KOSAI ( kosai tak dapat datang ada hal ) . Sampai saja di UPM , boleh nampak ratusan Raingers dah berkumpul untuk saksikan Show tersebut yang ditaja oleh BSN .
Pada 13 jun , aku pergi ke KL untuk jalan jalan dan lepak lepak dengan RAINGERS KL a.k.a SQUARD FIGHTING , diorang memang baik lah ! Tabik !!! dan lepas tu , aku beberapa show yang aku tak dapat join sebab aku nak ambil SPM ! Dan sekarang aku masih menanti nanti album ke 3 HUJAN . tak sabaq dah ahhh ! ok , TAMAT .
HUJAN adalah sebahagian dari hidup aku .
Satu ja ayat yang aku boleh kata , HUJAN BAND , KAU HARUS ADA !
Hujan Raingers ,
fauzyramli ...(COPYRIGHT RESERVED)..
15.10.10
0208 AM

1 comment:
TERBAIK..=)
Post a Comment